Salam Jumaat.
Pantasnya masa berlalu. Lagi 2 bulan tahun baru, 2015. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Salam sayang
Friday, 31 October 2014
Saturday, 25 October 2014
Thursday, 9 October 2014
Tips Bercakap
Bismillah. Assalamualaikum dan selamat pagi.
Menarik topik Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Elyas hari ini. Berani kerana benar.
Saya nak berkongsi tips untuk bercakap di depan audiens sepertimana yang dikongsikan oleh Ustaz Elyas hari ini.
1) Baca Bismillah
2) Baca surah Thoha, ayat 25 - 28
3) Banyakkan salawat
4) Banyakkan senyuman
5) Jaga pernafasan
6) Banyakkan minum air
7) Bayangkan kesudahan yang baik-baik.
Semoga bermanfaat dan dapatlah kita beramal dengannya.
Untuk bercakap di depan orang ramai ini kadang kala saya sendiri pun pernah mengalaminya. Walaupun setiap hari kita bercakap, tetapi bercakap depan orang ramai dan berdiri di depan ini tidak semua orang ada skillnya. Kena belajar dan tahu caranya. Betul tak?
Kadang-kadang sedang bercakap, kita lupa, hilang fokus, tergagap-gagap, tiba-tiba sakit perut lah dan lain-lain lagi. Saya sendiri pun pernah mengalami semua ini, tetapi kena lah pandai kontrol dan terus bercakap. Banyakkan senyum dan fokus sahaja.
Untuk bercakap perlu ada ilmu tentang apa yang kita hendak kita perkatakan. Jangan hentam keromo sahaja. Bila ada ilmu tentang perkara yang hendak kita cakap, barulah tidak hilang fokus.
Wednesday, 8 October 2014
Balik Kampung
Apa khabar semua? Lamanya saya tidak menulis. Disebabkan kesibukan masa dan pelbagai rutin harian, masa menulis semacam tidak mengizinkan. Saya suka menulis dan berkongsi info, jadi rutin menulis mesti saya buat.
Seronoknya, bila tiba Hari Raya. Balik kampung yang selalu dinanti-nantikan. Balik beraya bersama anak-anak saudara. Rumah di kampung didiami oleh adik lelaki bongsu, jadi dapatlah melepaskan rindu di kampung dan menjenguk kubur arwah emak dan abah.
Menu hari raya kali ini pun memang best! Adik ipar orang Dungun, Terengganu, jadi sudah semestinya Nasi Dagang menjadi menu utama. Menu kami kali ini adalah Nasi Dagang, Rendang Ayam Kampung, Nasi Impit, Kek Coklat Karamel dan Kek Coklat Moist. Amacam? Sedap tak?
Nasi Dagang, Acar dan Kek Coklat Karamel
Rendang Ayam Kampung
Nasi Dagang
Nyum...nyum...sedapnya. Nasi Impit, Nasi Dagang lengkap dengan Acar dan Kuah Ikan Tongkol (Aya)
Kek Coklat Karamel dan Kek Coklat Moist
Selamat menjamu mata ya.
Pengat Pisang
Alhamdulillah, akhirnya dapat berjumpa juga. Sudah lama saya mencari. Semua tempat saya mencari, akhirnya jodoh di kampung saya. Nak tau apa? Pisang tanduk. Hajat di hati sejak sebulan lepas nak buat Pengat Pisang atau orang Kelantan panggil Sira Pisang. Bila sejuk, lagi sedap, buat penyejuk tekak.
Pisang tanduk dan daun pandan
Tadaa....sudah siap.
Mudah sahaja bahan-bahannya.
~ Pisang tanduk
~ Daun pandan
~ Gula
~ Cengkih
~ Air
Caranya :
1) Masakkan air, gula, cengkih, daun pandan
2) Bila sudah mendidih, masukkan pisang tanduk
3) Biarkan pekat sedikit dan tutup api
4) Sudah boleh makan
Senang kan? Saya lebih suka pisang dimasak begini daripada pengat pisang yang letak santan. Arwah emak suka pisang dimasak begini dan memang menjadi kegemaran saya.
Tuesday, 7 October 2014
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat hari raya dari kami anak-anak riang dari Kg Hubong, Endau, Johor.
Jom kita berkenalan.
Jom kita berkenalan.
Ahmad Wafi dan Muhammad Nabil Asyraf
Muhammad Nabil Asyraf dan Ahmad Wafi
Nabil Najmi, Nabil Naim, Nabil Naufal, Ahmad Wafi dan Muhammad Nabil Asyraf
Subscribe to:
Posts (Atom)