Pages

Tuesday, 7 April 2015

Tips Jadi Seorang Ibu Yang Lebih Baik

Assalamualaikum semua,

Sudah lama tidak menulis.  Agak sibuk dengan kelas online dan tugasan luar.  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkanNya.

Jom kita baca perkongsian ini.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang




Tuesday, 31 March 2015

Belajar Syukur Daripada Buat Tembikai

Assalamualaikum dan salam ceria.  

Hari ni ingin berkongsi satu coretan dari grup whatsapp saya.  

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun 
Cina :)). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yang merungut itu, suami berkata : "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri : "Saya tau"
Suami : " pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri : " Tentulah yang manis"
Suami :" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri : "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya : " Ketika peraih (aka orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri : "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...


Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri : " Tentu yang manis, pastinya."
Suami :" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri : "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.


Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata :
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis,sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.


Marahkan siapa?

'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan : Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya : kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan ALLAH. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati, atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" ALLAH yang mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Semoga bermanfaat.




Wednesday, 18 February 2015

Panduan Jadi Seorang Ibu Yang Baik

10 Langkah Untuk Menjadi Ibu Yang Lebih Baik. #10 Memang Touching


Semoga bermanfaat.

Salam Sayang
Kak Zah




Monday, 16 February 2015

Al-Fatihah Buat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Inalillahiwainailaihirajiun.  



Perginya  seorang ulama' pada malam Jumaat yg indah.  Sesungguhnya, dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.


Aamiin ya rabbal Aalamiin.
 
Jika anda belum mengenali siapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.


Keistimewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Al-Fatihah


Wednesday, 4 February 2015

Pengalaman Seorang Suri Rumah Berbisnes Online

Sejak berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, banyak masa dihabiskan dengan tugasan mengajar blog dan juga menjual online.  Saya seronok sebab saya minat dan jika satu hari tidak mengadap blog dan menjual di online rasa tidak lengkap!  Masa yang saya hadkan untuk bisnes online saya adalah 3 jam sahaja di waktu pagi dan 3 jam di waktu petang.  Malam masa untuk melihat status, kemas kini dan sebagainya jika ada tempahan dan pertanyaan daripada pelanggan. Walaupun begitu, sebagai empunya kedai online, wassap saya sentiasa dipenuhi dengan pertanyaan pelanggan yang sentiasa bertanya.  Kadang-kadang sampai tidak terjawab tetapi sebagai pelanggan kita perlu melayan dengan hormat.  Ada juga kadang kala pertanyaan dijawab agak lambat sebab ada tugasan lain.  Jadi sebelum tidur, saya akan pastikan semua pertanyaan pelanggan telah dijawab.

Seawal pagi, sesudah subuh, saya akan membuka kedai online dan menyemak jika ada komen, status dan order daripada pelanggan.  Catitkan dahulu dan setelah itu teruskan tugasan di dapur dahulu. Menyiapkan anak ke sekolah, membuat sarapan untuk anak dan menghantar anak ke sekolah dahulu. Setelah itu, balik ke rumah dan sambung tugasan di dapur.  Memasak untuk tengahari.  Jika ada tugasan lain di luar, perlu keluar dan siapkan tugasan tersebut.  Jika tidak, saya akan sambung kerja di kedai online saya dan lain-lain seperti kemas kini blog, semak email.  

Pukul 12.00 mengambil anak balik dari sekolah dan tugasan tengahari menanti.  Makan bersama-sama dan masa bersama dia.  Berborak dengan anak dan tanya apa yang dia belajar di sekolah pada hari tersebut.  Anak saya ini baru 4 tahun dan bersekolah tadika. Biasanya setelah dia tidur tengahari, saya akan sambung tugasan di kedai online saya. Masa bergantung kepada waktu tidur dia.  

Petang tugasan lain pula.  Masa untuk bermain dengan anak seperti main bola dan basikal. Menyiram pokok dan menyapu sampah di laman adalah satu kemestian.  

Malam adalah masa untuk bersama famili.  Makan bersama-sama dan masih lagi bermain atau membaca buku bersama anak.  Setelah dia tidur, saya akan menyemak lagi kedai dan menjawab semua pertanyaan daripada pelanggan yang tidak sempat dijawab pada waktu siang hari dan petang. Setelah itu, tulis senarai untuk esok hari.  Semak catatan, akaun dan lain-lain yang berkaitan.  

Berbisnes online ini pada pendapat saya, memang menyeronokkan jika kita suka dan jatuh cinta dengan bisnes kita.  Jika buat sambil lewa, tidaklah seronok mana pun!

Buat target untuk hari esok.  Sebagai contoh, jika kita inginkan RM100, jadi apa yang perlu dibuat. Buat jualan.  Jika buat dropship, cari barangan yang dijual untuk dapatkan komisen RM50 untuk setiap jualan.  2 barangan sudah RM100.  Nampak mudah tetapi jika fokus buat, mesti dapat.  

Saya rasa setakat ini sahajalah pengalaman berbisnes secara online dari saya.  InsyaAllah, di lain entri saya sambung lagi ya.

Saya tidaklah sehebat mana pun.  Hanya sekadar berkongsi pengalaman.  Jika ada yang lebih hebat dari saya, boleh kongsikan bersama saya ya.

Salam sayang.



Friday, 30 January 2015

Mesti Cuba - Shawarma Ayam

Jenguk-jenguk resipi.  Teringin nak makan Roti Baghdad.  Buka website ni.  Menarik dan mesti cuba ni.

Terima kasih kepada http://sayachefkecil.blogspot.com/2013/11/shawarma-ayam.html

Shawarma Ayam


Berintikan daging lembu, kambing atau ayam yang diperap kemudian digandingkan bersama sayur-sayuran dalam satu balutan roti sememangnya satu juadah yang mengenyangkan.

Rotinya tak kisahlah nak guna roti arab, pita, taco atau buat lempeng pun boleh. Terpulang pada tekak masing-masing. Padahal bahan-bahannya lebih kurang sama cuma cara penyediaannya sedikit berbeza.

Jom kita tengok penyediaannya :

Bahan-bahan untuk roti baghdad aka roti arab :
3 cawan tepung gandum
1 sk garam
2 sk baking powder
4 sb shortening
1 1/4 cawan air suam


Cara menyediakannya :

1)  Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul sebati.
2)  Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.
3)  Bahagikan kepada beberapa biji dan buatkan bulat. Rehatkan 10 minit.
4)  Canaikan doh mengikut ketebalan yang dikehendaki. (kalau nak macam roti pita, canai tebal sikit. Saya suka nipis sikit jadi canaikan macam capati, sebab masa memasak nanti roti akan naik sedikit).
5)  Goreng atas non stick pan dengan beberapa titis minyak disapu bagi mendapatkan efek belang. Letakkan kepingan doh selama 2-3 minit setiap permukaan dan angkat.



Bahan Inti :
Dada ayam / daging lembu secukupnya

Rempah : (kisar semua - jangan halus sangat)

1/2 sk jintan manis

1/2 sk jintan putih
1/4 sk biji ketumbar
1/4 sk lada hitam
Garam
Beberapa sudu yougart asli (mengikut nisbah ayam / daging)
1 ulas bawang putih - diketuk
1sb minyak zaitun
Pati ayam


Cara Penyediaan :
1. Campurkan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap.
2. Panggang ayam hingga masak. (Saya letak atas grill pan).


Bahan sampingan dan sayur-sayuran :

Kentang goreng - tanpa garam

Bawang besar - dihiris
Tomato - dihiris
Timun - dihiris
Mayonis
Cili sos


Cara membalutnya :

Alas pinggan dengan aluminium foil yang dipotong segi empat. Letakkan sekeping roti baghdad, sapukan mayonis di atasnya. Kemudian letakkan hirisan ayam / daging, bawang, timun, tomato dan kentang goreng. Kemudian tuang sedikit sos cili dan gulungkan.

Selamat mencuba!






Thursday, 29 January 2015

Mana Satu Pilihan Anda?

Jom kita pilih.  Banyak kenangan ni.  Memang nostalgia.




Saya pernah kena no 1.  Memang terasa hingga sekarang.  Walaupun begitu, Alhamdulillah, kesannya amat bagus hingga sekarang.  

Dapat ni dari whatsapp grup.  Jom kita kongsi-kongsikan.  Kes rotan ni dah jadi viral sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah.

Kalian bagaimana?  Jom kita kongsi.










Wednesday, 28 January 2015

Ultraman

Ambil anak dari sekolah.  Cikgu beritahu hari ini kad nama dia kena sita oleh cikgu.  Kelakar betul!  Hari ini dia bertiga berUltraman waktu dalam kelas.  Macam-macam gelagat.  Kat rumah pun gitulah cikgu.  

Cikgu :  Ibu hantar Wafi datang sekolah untuk apa?
Wafi  :  Belajar

Tetapi semasa sessi pembelajaran, Wafi dan 2 orang kawan baiknya, berUltraman di dalam kelas. Sabar ya Cikgu Nurul.

Di rumah pun sama.  Ibunya jadi sasaran dia.  Banyakkan bersabar duhai ibu dan cikgu.


Dalam mendidik anak-anak ini kenalah banyak bersabar, tak gitu?  

Jika ada sebarang komen, boleh lah kita kongsikan.

Salam sayang,
Kak Zah








Monday, 26 January 2015

Kenapa Nak Jadi WAHM?

Baca di sini ya.

Informasi yang bagus untuk semua yang ingin jadi WAHM.  Bertanya kepada Allah dahulu dan buat keputusan.


Semoga bermanfaat untuk semua ya.

Salam sayang,
Kak Zah






Saturday, 24 January 2015

Waktu Laku Keras Jual Produk

Jom yang berbisnes online.  Kita lihat waktu puncak untuk post produk kita di FB, twitter dan lain-lain media sosial.

Ketika pemilik bisnes ingin melakukan post sama ada berbentuk content marketing, atau promosi, penting untuk lakukannya pada waktu yang sesuai. Supaya dengan itu, post itu akan dilihat oleh ramai pembaca. Sekaligus meningkatkan capaian sesuatu post di fanpage jenama kita.
Pemasaran adalah tentang berapa ramai orang tahu tentang kita. Apabila semakin ramai tahu, semakin besar potensi produk atau servis kita akan terjual. Andai ketika kita post, tiada siapa yang baca, mana mungkin kita dapat capai ramai pelanggan.
Baca Waktu Post Laku Keras Di Media Sosial

Semoga bermanfaat!






Friday, 23 January 2015

Santai

Saya ni bukanlah peminat AJL, tetapi setelah mendengar lagu Romancinta dari Caliph Buskers, memang menyegarkan! 

Jom kita layan ya.

 
 

Semoga terhibur!