Pages

Saturday, 3 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Alhamdulillah.  Bersiaran untuk tahun 2015.  Selamat menyambut tahun 2015.



Sudah buat azam baru?  Saya sudah buat wishlist.  Harap dapat diselesaikan semuanya sebelum tutup tirai 2015 ni, InsyaAllah.  Pakar ekonomi cakap tahun 2015 adalah tahun mencabar untuk semua.

Saya kongsikan ulasan ekonomi Malaysia oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Penganalisis Ekonomi) di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 27hb Disember 2014.

Negara kita semakin menghampiri krisis kewangan ekonomi.  Ekoran harga minyak dunia semakin menurun, ringgit Malaysia semakin tenat.

Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutama muda mudi :

1)  Berjimat cermat.  Berbelanja bila perlu sahaja.  Berhati-hati dengan YES (Year End Sale) sebab pembaziran boleh berlaku di suasana SALE ini.

2)  Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dari pihak bank akan naik.  Kelak kita MATI untuk membayar interest yang tinggi.

3)  JANGAN BELI PROPERTY dalam masa 2 - 3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun seperti yang sudah berlaku di Singapura dan UK kerana 'OVERSUPPLY'.

Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas sahaja, sejumlan 20 ribu unit property yang sudah mendapat CF namun hanya 20% - 30% sahaja yang terisi.

Oleh itu rancang untuk memiliki sebuah property apabila harga rumah turn dan EKONOMI semakin pulih.

4)  Lakukan investment jangka panjang untuk mengembangkan wang.  Pelbagai peluang investment ada seperti insurans, tabung haji, Unit Amanah, saham dan lain-lain.  Jangan hanya menabung dalam bank.

Selamat menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.  

Moga Allah jadikan kita lebih soleh dan solehah serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang
Kak Zah







No comments: