Pages

Monday 7 July 2014

Kek Cheese Sedap

Ramai yang suka makan kek cheese kan?  Saya salah seorang penggemarnya.  Memang sedap hingga menjilat jari.  Kek cheese ini sekarang memang menjadi kegilaan ramai orang dan mendapat sambutan hangat di seluruh negara.

Pelbagai jenis cheese kek yang ada di pasaran sekarang, seperti cheese leleh, velvet cheese, choc moist cheese dan lain-lain lagi.

Jom kita cuba cheese kek ini.  Boleh dapatkan di sini

Bisnes kek ini boleh dijadikan bisnes dari rumah.  Cubalah ya.  Sekarang ni semuanya mudah sebab semua boleh belajar dari internet.

Selamat mencuba!







Thursday 3 July 2014

Ayam Goreng Nyonya

Alhamdulillah.  Salam Ramadhan dari saya untuk rakan-rakan blog semua.

Bagaimana puasa kalian hari ini?  Tahun ini merupakan tahun ke dua saya berpuasa sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.  Tahun ini juga tiada ke Bazaar Ramadhan.  Menu dari rumah lagi sedap.  Awal Ramadhan balik kampung di Endau, saya telah pergi ke Bazaar Ramadhan Rompin membawa anak-anak saudara bersama.  Biasalah kanak-kanak, semuanya dipandang sedap dan semua hendak dibeli.  Tetapi saya bagi syarat, beli hanya untuk yang hendak di makan sahaja ya.

Mereka membeli Roti John dan saya membeli Rojak Singapura dan karipap daging.  Di rumah, telah tersedia Nasi Ayam.  Sebaik berbuka, Nasi Ayam yang lebih laku laris dan Roti John kurang laris.  Itulah dia, hanya nafsu mata semata!  Rojak Singapura pula habis tetapi hingga sahur.  Jadi apakah kesimpulannya di sini? Tepuk dada tanya selera ya.

Ok lah.  Hari ini saya hendak berkongsi menu Ayam Goreng Nyonya dari Tumis-Tumis Ramadhan oleh Masterchef Sabri.  Sedap-sedap menunya dan sangat mudah sahaja untuk disediakan.

Jom kita tengok bahan-bahannya :




Kepak Ayam
Halia - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 biji cili padi - diketuk
1 batang serai - dihiris halus
2 sudu makan sos tiram
Bawang besar - dipotong dadu
Serbuk Ketumbar
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Lada Hitam
4 sudu makan minyak jagung
Garam
Gula perang
Serbuk Perasa

Cara-cara :
1)  Masukkan bahan-bahan yang dihiris seperti bawang putih, serai, halia, cili padi, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, garam, serbuk perasa dan gula perang dalam mangkuk besar.

2)  Masukkan ayam dan air limau nipis ke dalam mangkuk tadi.  Kacau dan perap selama 20 minit

3)  Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan goreng ayam sehingga warna keemasan.

4)  Angkat dan hiaskan dengan buah tomato dan daun ketumbar.

Amacam?  Terliur tak?  Senang kan?  Boleh dibuat untuk menu berbuka petang ni.

Selamat mencuba ya.