Pages

Wednesday 17 December 2014

Bagaimana Hendak Buat 5 Angka Di Rumah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


BAGAIMANA BUAT 5 ANGKA DI RUMAH?

Bagaimana anda pun boleh hasilkan 4, 5 angka dengan produk berasaskan info/maklumat seperti mana yang telah saya lakukan sebelum ini!

Kini sesiapa saja boleh buat produk info kalau tahu cara yang betul, tak kisahlah anda seorang pelajar ke, guru ke, pekerja swasta/kerajaan ke, semua boleh!

JOM jumpa saya di Seminar GURU JOOTAWAN Januari nanti! KLIK SINI -->http://bit.ly/1BWWY47

Sebenarnya tak susah nak jana income 5 angka dari rumah sebab saya sendiri pernah buat masa di universiti. Dan sesiapun boleh buat! Modal tak perlu besar pun, hanya ada laptop dan internet.

OK sebelum saya teruskan, apa itu produk info? Produk info ialah produk yang mempunyai maklumat yang orang inginkan dalam pelbagai bentuk samada ebook, video, audio, DVD dan lain-lain. Dan produk tu boleh dijual.

Tapi boleh ke buat 5 angka jual maklumat macam tu saja?

BOLEH. Tapi dengan syarat, jangan SYOK SENDIRI. Maksudnya jangan buat benda yang orang tak nak!

OK so macamana anda pun boleh buat 5 angka sebulan di rumah? Meh sini saya share :-

1)  Gunakan kepakaran / minat atau hobi sendiri.
Ada kepakaran, minat atau hobi? Maka jadikannya dalam bentuk produk info.

Tapi pastikan kepakaran kita tu boleh mendatangkan duitlah. Jangan syok sendiri! Tiada sesiapa nak beli ebook cara ukur gelanggan takraw kalau kita syok sendiri.

2)  Tiada kepakaran?  Kaji permintaan di internet
Kalau tiada kepakaran, kajilah permintaan dan lepas tu hasilkan produk dengan menggunakan kepakaran orang lain.  Dulu saya buat ebook FarmVille laku gila sampai masuk NTV7 padahal saya tak pernah main pun FarmVille.  Tapi disebabkan market masa tu memang suka FarmVille, saya just upah orang dan siap terus produk saya.

Ingat! Sebelum promote produk info kita, pastikan produk tu ada permintaan dulu. Jangan main hentam terus jual, nanti rugi sebab tak laku!  Akhirnya sendiri berputus asa.

Macamana nak kaji permintaan?  Gunakan Google Trends untuk tengok trend terkini.  Nak lagi senang pergi je ke kedai buku atau Big Bad Wolf (kalau masih ada).  Tengok je bahagian best seller. Habis cerita.

3)  Siapkan produk info promosikan di Internet
Sepanjang saya buat produk info, ini bahagian yang paling kena jaga.  Ramai orang 'fail' kat sini, jadi macam mana nak promote?

Nasihat saya jangan terus menjual dahulu, kumpul database atau list seperti nama, email dan no tel. Setelah itu kita buat soft-selling dengan sharing kebaikan produk kita.  Last sekali barulah boleh menjual.

Tapi paling penting, gunakan teknik pelancaran produk, barulah boleh buat 5 angka dalam masa yang sangat singkat!

Hey saya nak share lagi banyak lagi teknik produk info dalam Seminar Guru Jootawan di sini --> http://bit.ly/1BWWY47

Kalau anda hadir ke seminar ini memang dah jimat 5 tahun sebab saya akan share pengalaman saya termasuk :

1)  Bagaimana menghasilkan pendapatan RM1 juta dalam tempoh setahun hanya dengan menjual produk Informasi.

2)  Bagaimana menghasilkan produk dalam masa yang sangat singkat iaitu 48 jam.  Lagi cepat anda hasilkan produk, lagi cepat anda boleh buat duit.

3)  Cara menulis surat jualan yang POWERFUL yang pastinya orang akan berduyun–duyun membeli dengan anda.

4)  Teknik “superb” menjual produk Informasi walaupun belum siap lagi.

5)  Blueprint (kaedah) menjual produk Informasi dalam seminggu.

Ini peluang yang susah nak dapat, saya jamin!  Sebab kalau anda pernah belajar cara buat produk info, anda mesti terkejut kalau dapat tahu saya pernah buat 10 PRODUK sekaligus dalam masa sebulan!

Nak tahu apa teknik yang saya gunakan?  Kena datang ke seminar Guru Jootawan SEKARANG! KLIK SINI dan DAFTAR --> http://bit.ly/1BWWY47

Semoga bermanfaaat untuk semua ya.

Ammar Zahar, salah seorang IM yang berjaya dan juga pengasas Jootawan.  Banyak ilmu yang akan dikongsikan oleh beliau pada hari tersebut.

Saya pernah mengikut bengkel beliau semasa di JB dahulu.  Singkat tetapi padat.

Link di atas adalah link affiliate saya.  Mudah sahaja affiliate ni.  Kita cuma daftar affiliate dan akan diberi link untuk dipromosikan.  Untuk yang mahu jadi affiliate, boleh cuba.  Jika ada yang beli atau sertai, kita akan dibayar.

Di entri yang lain, saya akan berkongsi tentang affiliate pula ya.

Sekian untuk hari ni.  InsyaAllah, esok saya kongsi entri lain pula.  Sedang menggoreng ayam untuk dibuat rendang menu malam ni...hihihi...Alhamdulillah.

Salam sayang
Kak Zah







Wednesday 10 December 2014

Kelas Belajar Bisnes Kedai RM2 Secara Online Selama 30 Hari


Bisnes Kedai RM2 merupakan satu bisnes yang mempunyai potensi sangat besar.  Bisnes yang di pelopori dan di monopoli oleh bangsa C ini semakin hari semakin bercambah di bandar-bandar besar dan taman perumahan.  Bisnes ini menjadi pilihan kerana ianya adalah bisnes kalis inflasi, mudah di uruskan, modal yang rendah dan yang paling penting untung yang lumayan.

Namun untuk anda mendapatkan ilmu bisnes ini, bukan lah sesuatu perkara yang mudah.  Tiada sesiapa pun peniaga Kedai RM2 akan mengajar orang lain untuk bersaing dengan mereka.  Anda yang berminat untuk berniaga terpaksa belajar sendiri secara try and error.  Anda terpaksa langgar dinding dahulu sebelum dapat buat untung.

Oleh itu, QDF Paradigm Enterprise yang berpengalaman 5 tahun dalam industri ini, bermula dari peniaga tapak ekspo, buka kedai sendiri dan sekarang menjadi pemborong barang RM2 mengambil inisiatif dengan mengadakan Kelas Belajar Bisnes Kedai RM2 Secara Online.  Anda hanya perlu mendaftar dan kami akan bimbing anda selama 30 hari.  Anda boleh bertanya secara live dengan kami sekiranya ada kemusykilan.

Berikut adalah antara topik yang anda akan belajar :

1)  10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2
2)  Ada modal RM100 sahaja.  Boleh ke mulakan bisnes kedai RM2 ni?
3)  Bagaimana dan Kenapa Tokey-Tokey C ini berjaya?
4)  Bilakah waktu terbaik untuk saya buka Kedai RM2?
5)  Lokasi mana yang terbaik untuk buka kedai serbaneka RM2.
6)  Berniaga barang RM2 di pasar malam
7)  Supplier untuk air tin, makanan ringan, aiskrim dan kacang-kacang serta jeruk untuk Kedai RM2
8)  Jangan berurusan Dengan Sebarang Pemborong
9)  Bisnes Mainan RM2 Secara Mobile
10)  Nak Ambil Loan Untuk Buka Kedai RM2?
11)  MARKETING STRATEGY Kedai RM2
12)  Berapa Modal Yang Paling Bagus Perlu Ada Untuk Bisnes Kedai RM2
13)  Pemilihan Pekerja Kedai RM2
14)  Cara Mengira Target Sales Kedai RM2
15)  Konsep Kedai RM2 Ke atas
16)  Apa Kaitan Tahun Baru Cina dan Kedai RM2?
17)  Macam Mana Nak Bersaing Dengan Kedai RM2 C?
18)  Bagaimana Buka Kedai RM2 Tanpa Modal Kita Sesen Pun dan banyak lagi

Berminat untuk turut serta dalam kelas ini?

Yuran yang di kenakan hanya RM10 sahaja.  Ini harga diskaun.

Harga ini hanya untuk 50 orang sahaja.  Selepas habis kuota 50 orang ini harga akan kembali kepada harga asal RM50.

Ini Arahan Pendaftaran
++++++++++++++++++++++

1)    Bank in RM10 ke MayBank : 101245176494 (Norazizah Sudin)
2) Sila SMS : KELAS ONLINE<>JUMLAH BANK IN<>TARIKH & MASA BAYARAN<>NAMA PENUH<>NO KP --> ke 0197461502
3)   Sila emel slip pembayaran / detail transaksi anda ke norazizahsudin@gmail.com
4)  Pendaftaran kelas akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran.

Terima kasih
Norazizah Sudin










Sunday 7 December 2014

HUJAN

Alhamdulillah, hujan di luar.  Jam sudah menunjukkan pukul 11.23 malam.  Mata masih belum mengantuk.  Banyak kerja yang hendak disiapkan.  Hendak update blog, update fanpage dan tulis dalam diari tugasan untuk esok.  In Shaa Allah, semoga dapat siapkan malam ini.  

Bunyi cengkerik tak ada.  Seronoknya jika berada di kampung sekarang.  Keadaan sejuknya itu lain sangat.  Rindu kampung.  

Esok sambung lagi.  Mata macam mengantuk pula.  Ketemu lagi esok.

Selamat malam dan semoga mimpi yang indah-indah semua.



Salam sayang


Saturday 6 December 2014

Jus Yang Sihat Lagi Menyegarkan

Assalamualaikum,

Bersiaran lagi kita ya.  Alhamdulillah.  Baru selesai tugasan rumah.

Hari ini saya nak berkongsi resipi jus yang sihat lagi menyegarkan.

HEALTHY JUICES

Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.


Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

Bitter gourd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

Pear & Banana - regulates sugar content.

Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and strengthen body immunity.

Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation


Layari web http://greenyatrablog.com untuk dapatkan lebih info tentang 'natural healthy & happy life'.  





Monday 24 November 2014

Salam Isnin

Alhamdulillah.  Selesai sudah semua kerja-kerja rumah.  Petang nanti ada temujanji dengan rakan lama.  Semoga dipermudahkanNya.

Bersarapan apa hari ni ya?  Kak Zah hari ni simple je.  Roti celup telur + mayonis.  Minum hot chocolate dan vico.  Sambil makan fikir nak masak apa untuk tengahari pula.  Nasi dah masak. Ayam dah dikeluarkan dari peti ais.  Masak lemak kuning pun ok rasanya.  Untuk Wafi tak pedas.  Untuk abahnya buat sambal sikit.  Saya?  Tak pedas pun ok.

Belek-belek resipi di internet dan majalah.  Sedap-sedap.  Mesti cuba ni.  Saya kongsikan resipi di sini.  Boleh dicuba ya.




Resipi ini diambil dari grup masakan di FB.   

Hmmm....dah lama tak makan dimsum.  Mana nak cari dimsum halal ni?  Dalam FB ada, nak tanya lah.  Mesti cuba dan order.

Dimsum oh dimsum.




Salam sayang,
Kak Zah







Saturday 22 November 2014

Anak Demam

Sudah 2 hari Wafi demam.  Hangat badannya.  Suhu mencecah 39.9 celcius.  Dua hari lepas dia kena hujan selepas pergi mendaftar sekolah tadikanya.  Sangat teruja untuk memulakan alam persekolahan.  

Alhamdulillah, sekarang dah beransur sembuh.  Cuma tiada selera makan.  

Lepas pergi daftar sekolah, merajuk tak nak keluar kereta sebab nak pergi sekolah.  Sabar ya nak, tahun depan kita mula sekolah.  Rutin saya tahun depan mula berubah lah.  Tidak sabar menunggu momen ini.  Selepas hantar anak ke sekolah, bermula rutin saya pula.  Belajar kelas mengaji, belajar kelas mandarin dan bahasa Arab, InsyaAllah semoga dipermudahkanNya.  Pertama kali anak pergi sekolah dan pertama kali juga merasa bagaimana rutin menghantar anak dan ambil dari sekolah. Alhamdulillah, syukur dikurniakan anak cuma seorang dan masih berkesempatan untuk merasa momen ini semua.




Ya Allah, semoga Ahmad Wafi sentiasa berada di bawah perlindunganMu dan para Malaikat. Semoga dia menjadi anak soleh dan beriman.  

Salam sayang,
Kak Zah








Thursday 20 November 2014

Selesai Sudah Pop Up Bazaar

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah Pop Up Bazaar di UTC Pudu Sentral KL.  Sambutan amat baik dan pelanggan baru kami pun ramai.

Semuanya ditanggung oleh CBF.  Hotel yang saya tinggal pun bagus.  Lokasi berdekatan dengan LRT.  Sebelah pagi ada bengkel tentang 'pitching' bisnes dan sebelah malam pula makan malam dengan wakil CBF, Yayasan dan mentee.  Hari yang menyeronokkan setelah seharian di rumah. Anak dan suami ditinggalkan.  









Salam sayang




Wednesday 12 November 2014

PopUp Bazaar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sejuk cuaca di luar.  Sejak akhir-akhir ini, bumi Pasir Gudang hujan.  Kadang-kadang pagi dan berlarutan hingga ke petang.  Kadang-kadang petang berlarutan hingga ke malam.  

Semalam bersarapan roti telur.  Pagi ini hendak bersarapan apa ya?  Hmm....sejuk-sejuk begini, rasanya saya hendak buat lempeng la.  Sedap juga cicah dengan sambal ikan bilis.  Sekejap lagi rutin di dapur pula.  Hendak siapkan entri untuk hari ini dulu.

Saya hendak mewawarkan tentang Pop Up Bazaar.  Apa tu Pop Up Bazaar ya?  'Pop Up Bazaar' adalah bazaar yang memberi peluang kepada usahawan wanita di bawah program 'Mentoring Women in Business' untuk berniaga dan mempromosi produk dan servis masing2.  Ianya adalah anjuran YPVWM, Qualcomm dan Cherie Blair Foundation.

Seramai 60 usahawan wanita yang akan terlibat dalam bazaar ini.  Untuk yang ingin tahu lebih lanjut tentang program Mentoring Women in Business dan lain-lain program, boleh datang ke booth yang telah disediakan dan berjumpa dengan pihak YPVWM.


Datanglah beramai2 untuk memeriahkan lagi Pop Up Bazaar di samping memberi sokongan kepada usahawan wanita di Malaysia.


Boleh juga lihat link Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia (YPVWM) untuk info lanjut. Lebih detail boleh datang ke Pop Up Bazaar dan jumpa sendiri wakil mereka 15hb Nov nanti ya.



Boleh berjumpa dengan saya dan rakan bisnes saya, www.facebook.com/FNZFabric di bazaar ini nanti.

Banyak stok kain-kain terbaru dari kami.  Kami juga buka peluang kepada yang hendak jadi pemborong.  Kain berkualiti, cantik dan dari gred AAA yang terdiri dari English Cotton, Satin Cotton dan Korea Cotton.








Jemput datang ke booth No. 53 ya.  Jumpa kami di sana.

Salam sayang,
Kak Zah

Monday 3 November 2014

Kebebasan Kewangan dan Masa

Jom kita baca artikel dari DAO ini.  


Semoga bermanfaat untuk semua.


10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa

by AZIZAN OSMAN

Semua orang impikan kebebasan dari beban kewangan dan masa, tapi malangnya hampir kesemua orang ini gagal kecapinya. Secara asasnya terdapat 10 sebab kenapa anda tidak berjaya kecapi kebebasan kewangan dan masa ini.
# 1 – Anda Fikir Ianya Mustahil Untuk Dicapai
Alangkah indahnya jika hidup kita bebas dari memikirkan masalah kewangan, bebas untuk melancong ke mana sahaja tanpa henti, berbelanja apa sahaja yang kita idamkan tanpa rasa bersalah untuk memilikinya. Ini merupakan impian kehidupan semua manusia, tetapi berapa ramai yang berjaya mencapai tahap kehidupan ini? Secara realitinya, ramai yang gagal kerana di dalam diri mereka sering terucap satu perenggan ayat:
“Berhenti mimpi di siang hari! Kau takkan dapat semua yang kau idamkan, kau umpama angan-angan Mat Jenin…”
Ayat inilah yang sering didengari di dalam kepala ramai manusia. Kadang kala ia tidak berbunyi di dalam kepala, ia berbunyi melalui sindiran percakapan oleh ahli keluarga, rakan dan orang sekeliling.
Apabila ayat ini diulang beribu kali tanpa henti, secara tidak langsung ianya akan menjadi kepercayaan yang abadi di dalam diri yang membawa kepada satu ayat baru iaitu:
“Ianya mustahil untuk dicapai.”
Kepercayaan karut inilah punca yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa. Disebabkan terlalu percaya kepercayaan karut ini, kita mula bertindak sambil lewa, malas mencari ilmu yang boleh membawa kebebasan kewangan, tak nak berjumpa dengan orang terbukti berjaya untuk meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kaya dan berjaya. Senang cerita, kita akan cuba mencari pelbagai alasan karut kerana kita percaya bahawa kebebasan kewangan dan masa itu ‘Ianya mustahil untuk dicapai’.
#2 – Anda Tidak Mempunyai Perancangan
Jangan asyik membazir air liur dengan mengatakan “Suatu hari, aku akan bebas dari masalah kewangan dan masa”, pastikan anda mempunyai perancangan yang khusus untuk mencapainya.
Keinginan kuat sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak digandingkan dengan pelan pelaksanaan dan strategi untuknya. Tiada gandingan kedua-dua ini akan membawa anda kembali semula ke alam angan-angan Mat Jenin.
Apakah perancangan anda dalam masa setahun? 3 tahun? 5 tahun? Strategi dan pelan pelaksanaan apa yang akan anda gunakan bagi mencapai segala perancangan ini?
Mencabar tak soalan ini? Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah mencari sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian tuliskan jawapan bagi kedua-dua soalan ini secara ringkas terdahulu. Selesai baca keseluruhan artikel ini, baca kembali jawapan anda dan tulis semula sehingga ia menjadi satu perancangan yang terperinci dan realistik untuk dicapai.
Bertindak sekarang! Jangan berlengah-lengah!
#3 – Tidak Nampak Apa yang Diimpikan
Salah satu rahsia kenapa orang berjaya terus berjaya dan berjaya lagi ialah mereka nampak apa yang mereka inginkan.
Papan visi (vision board) merupakan antara formula rahsia yang dapat membantu anda merealisasikan impian bebas masalah kewangan dan masa. Tulis segala impian dan matlamat anda di atas papan visi ini. Kalau boleh sertakan gambar-gambar yang boleh mencetuskan perasaan geram atau tak sabar untuk memilikinya.
Pastikan letak papan visi ini di tempat yang paling senang dilihat oleh mata anda. Sebelum melakukan apa-apa kerja, anda dicadangkan untuk melihat papan visi ini terdahulu. Lihat dengan semangat tinggi untuk mencapainya. Kajian menunjukkan papan visi mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut ‘mustahil’ secara separa sedar.
#4 – Tidak Bayar Diri Sendiri Dahulu
Jangan jadi seperti orang lain, terima gaji sahaja terus habis bayar hutang dahulu. Beri keutamaan untuk membayar diri sendiri dahulu sebelum bayar benda lain.
Apa yang dimaksudkan dengan membayar diri sendiri dahulu? Membayar diri sendiri dahulu bermaksud setiap kali anda mendapat gaji tetap atau apa-apa jenis pendapatan sampingan, cepat-cepat asingkan 10% dari wang yang anda miliki ke tempat lain. Dicadangkan agar anda membuka satu akaun bank khas untuknya. Jika malas sangat, buat sahaja satu tabung bekas plastik.
Wang 10% ini anda boleh gunakan untuk menaik taraf (upgrade) diri sendiri melalui carian ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kebebasan kewangan dan masa. Jika mempunyai simpanan yang banyak, anda boleh sertai seminar-seminar yang menawarkan jalan penyelesaian kewangan dan masa. Bila sudah memiliki ilmu, wang 10% ini juga boleh digunakan untuk melabur dalam emas, saham dan hartanah.
#5 – Ego Terima Nasihat Orang Lain
Buangkan ego anda jauh-jauh ke dalam laut. Anda kena akui bahawa anda masih kekurangan ilmu untuk bebas dari masalah kewangan dan masa. Sudah tiba masanya untuk anda bertanya dan menerima nasihat dari orang lain.
Pastikan anda hanya menerima nasihat dari orang yang betul-betul terbukti berjaya, bebas dari masalah kewangan dan masa. Pilihan menerima nasihat dari individu yang tepat merupakan intipati paling pantas untuk berjaya dan kaya.
#6 – Tidak Mencipta Pemikiran Orang Berjaya
“Untuk berjaya anda mesti tiru orang dah berjaya dan anda pasti terpaksa berjaya!”
Di dalam negara Malaysia, terdapat beribu mentor yang terbukti berjaya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih salah satu darinya. Pilih mentor yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda, sebagai contoh, jika anda ingin berjaya menjadi seorang tukang masak ternama, pilih mentor Dato Chef Wan antara orang yang sesuai membimbing anda. Siapakah mentor kebebasan kewangan dan masa anda?
Tiru gaya pemikiran mentor ini dengan lebih dekat. Beli buku penulisan mereka, hadir seminar atau kursus-kursus anjuran mereka dan jika nak lagi best ajak mereka minum bersama anda.
#7 – Diselubungi Aura Negatif Sepanjang Masa
Anda tidak akan berjaya jika diri anda asyik diselubungi aura negatif. Hanya dalam keadaan positif sahaja anda mampu berfikir secara kreatif yang boleh membawa kepada kejayaan hidup.
#8 – Tidak Kekalkan Momentum Tindakan
“Orang berjaya akan mulakan sesuatu sehingga ianya habis berjaya.”
Jangan berhenti di separuh jalan, kekal momentum tindakan, kuatkan semangat dan cekalkan hati bagi menghadapi segala rupa cabaran yang bakal menjelma. Cabaran ini hanyalah bersifat sementara, manakala kejayaan akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan tanpa henti.
#9 – Takut Untuk Berkorban
Ini kisah sejauh mana anda sanggup berkorban demi mencapai impian kebebasan kewangan dan masa.
Anda mesti bersedia masa untuk cari ilmu, luangkan masa membaca buku atau bahan bacaan lain yang berbentuk ilmiah. Jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak membawa apa-apa manfaat diri. Siap sedia untuk bertindak ke arah sasaran perancangan anda.
#10 – Tidak Bersyukur
Orang yang tidak bersyukur umpama orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan untuk hidup di dunia ini – dalam kata lain “hati kering”.
Kenal pasti kekayaan dan kejayaan yang anda miliki sekarang, bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang bakal menjelma. Bersyukur kerana anda masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia, rakan yang setia dan lain-lain kebaikan lagi. Tiada gunanya anda mempunyai kebebasan kewangan dan masa jika anda tidak menghargai keindahan kehidupan ini.
Tips saya :
1)  Bersyukurlah dengan apa yang kita sudah ada dan sentiasa bersyukur dengannya
2)  Sentiasa cuba mencari peluang baru
3)  Bersikap positif di dalam semua perkara
4)  Jangan malu untuk berimpian besar.  Minta dengan DIA sebab DIA pasti akan beri jika kita sentiasa meminta dariNya dan berusaha.
5)  Besikap baik dengan semua orang.  Jangan berprasangka buruk.
6)  Jangan asyik gila kerja sahaja.  Cari masa untuk diri sendiri juga.  Untuk suri rumah yang bekerja dari rumah, boleh curi masa untuk diri sendiri seperti pergi ke spa, lunch bersama kawan-kawan atau bercuti.  Sekali sekala boleh tinggalkan anak-anak bersama suami kan?
7)  Boleh juga dating bersama suami seperti pergi makan malam berdua atau honeymoon lagi sekali!
8)  Sentiasa bangun pagi dengan mood yang ceria, positif, idea baru dan semua yang positif  dan baru lah!  Rancang apa yang kita hendak buat sebelum tidur.  Tulis 'things to do list'.
9)  Sebelum tidur, maafkan semua orang dan minta maaf dengan suami
10)  Jangan simpan perasaan marah dan sampai terbawa-bawa dalam mimpi anda ya.  No no no....tidak bagus untuk kesihatan dan jiwa minda kita

Oklah.  Itu sahaja tips dari saya.  Boleh kita kongsikan bersama-sama di sini.



Salam sayang,
Kak Zah



Sahabat

Assalamualaikum

Pagi ini topik Tanyalah Ustaz, kawan atau sahabat.  Sahabat adalah sanggup bersama-sama semasa susah dan senang.  Kawan senang datang,senang pergi dan senang juga untuk dapat kawan baru.  Tidak semua orang boleh menjadi sahabat kita.  

Prinsip dalam persahabatan ialah kasih sayang.  Jika ada perselisihan faham, biasalah tetapi masih bersahabat.  Itulah sahabat yang susah dicari, saling sayang menyayangi.  




Alhamdulillah dan semoga bermanfaat.

Salam sayang,
Kak Zah






Sunday 2 November 2014

Tok Gajah Juara

Yeayyy....Tok Gajah juara!  Perlawanan bola yang sememangnya sengit dan sangat mendebarkan. Saya peminat Tok Gajah sebab saya dilahirkan di Kuantan Pahang tetapi menetap di Johor.  Walau bagaimanapun, tahniah juga untuk JDT.







Friday 31 October 2014

Jumaat

Salam Jumaat.

Pantasnya masa berlalu.  Lagi 2 bulan tahun baru, 2015.  Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.




Salam sayang






Saturday 25 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah



Salam sayang dari saya

Kak Zah






Thursday 9 October 2014

Tips Bercakap

Bismillah.  Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menarik topik Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Elyas hari ini.  Berani kerana benar.

Saya nak berkongsi tips untuk bercakap di depan audiens sepertimana yang dikongsikan oleh Ustaz Elyas hari ini.

1)  Baca Bismillah
2)  Baca surah Thoha, ayat 25 - 28
3)  Banyakkan salawat
4)  Banyakkan senyuman
5)  Jaga pernafasan
6)  Banyakkan minum air
7)  Bayangkan kesudahan yang baik-baik.  

Semoga bermanfaat dan dapatlah kita beramal dengannya.

Untuk bercakap di depan orang ramai ini kadang kala saya sendiri pun pernah mengalaminya.  Walaupun setiap hari kita bercakap, tetapi bercakap depan orang ramai dan berdiri di depan ini tidak semua orang ada skillnya.  Kena belajar dan tahu caranya.  Betul tak?

Kadang-kadang sedang bercakap, kita lupa, hilang fokus, tergagap-gagap, tiba-tiba sakit perut lah dan lain-lain lagi.  Saya sendiri pun pernah mengalami semua ini, tetapi kena lah pandai kontrol dan terus bercakap.  Banyakkan senyum dan fokus sahaja.  

Untuk bercakap perlu ada ilmu tentang apa yang kita hendak kita perkatakan.  Jangan hentam keromo sahaja.  Bila ada ilmu tentang perkara yang hendak kita cakap, barulah tidak hilang fokus.  






Wednesday 8 October 2014

Balik Kampung

Apa khabar semua?  Lamanya saya tidak menulis.  Disebabkan kesibukan masa dan pelbagai rutin harian, masa menulis semacam tidak mengizinkan.  Saya suka menulis dan berkongsi info, jadi rutin menulis mesti saya buat.  

Seronoknya, bila tiba Hari Raya.  Balik kampung yang selalu dinanti-nantikan.  Balik beraya bersama anak-anak saudara.  Rumah di kampung didiami oleh adik lelaki bongsu, jadi dapatlah melepaskan rindu di kampung dan menjenguk kubur arwah emak dan abah.

Menu hari raya kali ini pun memang best!  Adik ipar orang Dungun, Terengganu, jadi sudah semestinya Nasi Dagang menjadi menu utama.  Menu kami kali ini adalah Nasi Dagang, Rendang Ayam Kampung, Nasi Impit, Kek Coklat Karamel dan Kek Coklat Moist.  Amacam?  Sedap tak?  



 Nasi Dagang, Acar dan Kek Coklat Karamel



Rendang Ayam Kampung



Nasi Dagang



Nyum...nyum...sedapnya.  Nasi Impit, Nasi Dagang lengkap dengan Acar dan Kuah Ikan Tongkol (Aya)




Kek Coklat Karamel dan Kek Coklat Moist


Selamat menjamu mata ya.


Pengat Pisang

Alhamdulillah, akhirnya dapat berjumpa juga.  Sudah lama saya mencari.  Semua tempat saya mencari, akhirnya jodoh di kampung saya.  Nak tau apa?  Pisang tanduk.  Hajat di hati sejak sebulan lepas nak buat Pengat Pisang atau orang Kelantan panggil Sira Pisang.  Bila sejuk, lagi sedap, buat penyejuk tekak.  



Pisang tanduk dan daun pandan



Tadaa....sudah siap.  


Mudah sahaja bahan-bahannya.  

~ Pisang tanduk
~ Daun pandan
~ Gula
~ Cengkih
~ Air

Caranya :
1)  Masakkan air, gula, cengkih, daun pandan
2)  Bila sudah mendidih, masukkan pisang tanduk
3)  Biarkan pekat sedikit dan tutup api
4)  Sudah boleh makan

Senang kan?  Saya lebih suka pisang dimasak begini daripada pengat pisang yang letak santan.  Arwah emak suka pisang dimasak begini dan memang menjadi kegemaran saya.






Tuesday 7 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat hari raya dari kami anak-anak riang dari Kg Hubong, Endau, Johor.

Jom kita berkenalan.



Ahmad Wafi dan Muhammad Nabil Asyraf



Muhammad Nabil Asyraf dan Ahmad Wafi



Nabil Najmi, Nabil Naim, Nabil Naufal, Ahmad Wafi dan Muhammad Nabil Asyraf





Monday 22 September 2014

Bersiaran Dari Melaka

Hari ini saya bersiaran dari Kings Green Hotel, Melaka.  Saya di sini kerana menghadiri Mentoring Women in Business Programme.  Hari pertama sudah seronok sebab sessinya menarik.  'Ice breakers' sessi perkenalan dikendalikan oleh Pn. Aziaty, pengarah program ini.  Lemah lembut orangya. Wow...pelbagai bisnes dari kami yang menyertai program ini, seperti spa, homestay, sabun buatan sendiri, seramik, kedai buku, pakaian, makanan dan lain-lain.  Banyak input dan perkongsian yang dikongsikan dalam program ini.  Tidak sabar untuk hari ke 2 esok dengan sessi simple English pula.  

Hotel yang saya tinggal pun cantik dan terletak di tengah-tengah bandar Melaka.  Baru dibina kurang dari 1 tahun.  Semua penginapan dan makan kami adalah percuma, dari sarapan, tengahari dan malam.  Rugi jika tidak memanfaatkan peluang ini sepenuhnya dan dengan sebaik-baiknya.

Banyak yang hendak saya kongsikan lagi di entri lain pula.  Kita tunggu esok hari pula ya.

Oh....saya berjumpa dengan orang taman saya juga di sini.  Alhamdulillah, ramai kenalan baru hari ini.

Untuk yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang program ini boleh layari website yang saya bagi di atas.  





Sunday 14 September 2014

Hari Kanak-Kanak Riang

Alhamdulillah.  Seronok hari ini.  Pagi beriadah bersama anak di Tasik Layang-Layang dan petang pula di Petrosains Playsmart Johor Bahru.  

Melayan kerenah anak teringat ketika zaman saya dulu.  Dulu main teng-teng, main konda kondi, main baling selipar dan lain-lain, tetapi sekarang main games dalam gajet dan tengok kartun pun dalam gajet.  Memang tidak bagus untuk anak-anak.  Saya ada terbaca artikel tentang ini.  Nanti saya kongsikan ya.

Jangan biasakan anak-anak dengan gajet ini semua.  Jangan biarkan mereka terlalu obses.  

Dah lewat malam ni banyak idea nak tulis, tetapi mata ni pulak terbayang-bayang tilam dan selimut. Hehehhe.  Jadi jom kita tengok gambar yang saya sempat snap pagi dan petang tadi.  



















Wednesday 10 September 2014

Lauk Kenduri

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baca ni kenduri

Terkena jugalah pada saya.  Ya Allah, maafkan aku.  Sesungguhnya aku sentiasa bersyukur di atas semua nikmat Mu.

Semoga saya dan kita sama-sama muhasabbah diri.  Maaf jika ada yang tersinggung, tetapi semoga kita mendapat iktibar dari cerita ini.

Salam sayang dari saya,
Kak Zah
@Mompreneur merangkap suri rumah

@saya suka kerja saya
@I luv my business







I Love My Business

Alhamdulillah, syukur saya diterima sertai program Yayasan Pembangunan Vokasional Wanita dengan kerjasama Cheri Blair Foundation yang akan bermula 22hb hingga 26hb September di Melaka.  Makan, minum dan tempat tinggal kursus adalah ditaja sepenuhnya oleh yayasan ini, secara PERCUMA.

Disebabkan saya tinggal di JB, saya telah ditemuduga pada hari Isnin, 8 Sept, melalui telefon.  Setelah selesai temuduga, saya terus mendapat jawapan dan ianya adalah saya diterima.  Alhamdulillah, alhamdulillah, syukur.  

Saya mesti menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk menambah lagi kemahiran saya di dalam bisnes saya.  Rugi tolak peluang dan tidak memanfaatkan peluang ini.  

Seronok hendak berkongsi.  InsyaAllah, selesai kursus nanti saya sambung lagi ya.

Untuk yang ingin tahu lanjut, boleh mendaftar di http://jotform.co/form/40021131316837.  Cubalah.








Salam sayang.








Friday 5 September 2014

Nasi Lemak

Alhamdulillah.  Mendung di luar dan nyaman di dalam.  Hari macam hendak hujan.

Pagi ini terasa nak makan nasi lemak.  Jadi apa lagi, maka selesai solat subuh terus ke dapur dan mula memasak lah saya.  Alhamdulillah, nikmatnya bau dan rezeki yang Allah bagi hari ini.  Makan berdua je, saya dan hero kenit saya ni.

Jom kita tengok gambarnya ya.




Selamat bersarapan semua.

Nak kemas rumah dan sidai baju dulu ya.  Nanti kita sambung lagi.

Salam sayang.





Saturday 30 August 2014

Mula Menulis Semula

Assalamualaikum semua.  Apa khabar?  Lama tidak menulis.  Banyak pula agendanya dan bila hendak mula menulis, ada sahaja agenda lain yang datang.  Huhuhu.  InsyaAllah, semoga Dia akan lebih mempermudahkan saya untuk terus menulis dan berkongsi cerita di blog saya ini.

Hari ini saya hendak berkongsi ebook dengan pembaca semua, terutama suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah.  Untuk suri berkerjaya pun boleh juga, jika ada keingininan untuk bekerja dari rumah.

Ebook ini hanya boleh didapati dari Akademi Bekerja Dari Rumah sahaja sebab ia hasil tulisan pengasasnya, iaitu Puan Masayu Ahmad merangkap sifu saya dalam penulisan dan blog.  




Banyak jenis kerja yang boleh kita buat dari rumah seperti menulis, menjahit, memasak, menjaga kanak-kanak, terjemahan dan lain-lain.  Jom kita ramai-ramai dapatkan ebook ini ya.

Untuk dapatkan ebook ini boleh hubungi saya.

Salam sayang dari saya.