Pages

Friday 30 January 2015

Mesti Cuba - Shawarma Ayam

Jenguk-jenguk resipi.  Teringin nak makan Roti Baghdad.  Buka website ni.  Menarik dan mesti cuba ni.

Terima kasih kepada http://sayachefkecil.blogspot.com/2013/11/shawarma-ayam.html

Shawarma Ayam


Berintikan daging lembu, kambing atau ayam yang diperap kemudian digandingkan bersama sayur-sayuran dalam satu balutan roti sememangnya satu juadah yang mengenyangkan.

Rotinya tak kisahlah nak guna roti arab, pita, taco atau buat lempeng pun boleh. Terpulang pada tekak masing-masing. Padahal bahan-bahannya lebih kurang sama cuma cara penyediaannya sedikit berbeza.

Jom kita tengok penyediaannya :

Bahan-bahan untuk roti baghdad aka roti arab :
3 cawan tepung gandum
1 sk garam
2 sk baking powder
4 sb shortening
1 1/4 cawan air suam


Cara menyediakannya :

1)  Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul sebati.
2)  Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.
3)  Bahagikan kepada beberapa biji dan buatkan bulat. Rehatkan 10 minit.
4)  Canaikan doh mengikut ketebalan yang dikehendaki. (kalau nak macam roti pita, canai tebal sikit. Saya suka nipis sikit jadi canaikan macam capati, sebab masa memasak nanti roti akan naik sedikit).
5)  Goreng atas non stick pan dengan beberapa titis minyak disapu bagi mendapatkan efek belang. Letakkan kepingan doh selama 2-3 minit setiap permukaan dan angkat.



Bahan Inti :
Dada ayam / daging lembu secukupnya

Rempah : (kisar semua - jangan halus sangat)

1/2 sk jintan manis

1/2 sk jintan putih
1/4 sk biji ketumbar
1/4 sk lada hitam
Garam
Beberapa sudu yougart asli (mengikut nisbah ayam / daging)
1 ulas bawang putih - diketuk
1sb minyak zaitun
Pati ayam


Cara Penyediaan :
1. Campurkan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap.
2. Panggang ayam hingga masak. (Saya letak atas grill pan).


Bahan sampingan dan sayur-sayuran :

Kentang goreng - tanpa garam

Bawang besar - dihiris
Tomato - dihiris
Timun - dihiris
Mayonis
Cili sos


Cara membalutnya :

Alas pinggan dengan aluminium foil yang dipotong segi empat. Letakkan sekeping roti baghdad, sapukan mayonis di atasnya. Kemudian letakkan hirisan ayam / daging, bawang, timun, tomato dan kentang goreng. Kemudian tuang sedikit sos cili dan gulungkan.

Selamat mencuba!






Thursday 29 January 2015

Mana Satu Pilihan Anda?

Jom kita pilih.  Banyak kenangan ni.  Memang nostalgia.




Saya pernah kena no 1.  Memang terasa hingga sekarang.  Walaupun begitu, Alhamdulillah, kesannya amat bagus hingga sekarang.  

Dapat ni dari whatsapp grup.  Jom kita kongsi-kongsikan.  Kes rotan ni dah jadi viral sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah.

Kalian bagaimana?  Jom kita kongsi.










Wednesday 28 January 2015

Ultraman

Ambil anak dari sekolah.  Cikgu beritahu hari ini kad nama dia kena sita oleh cikgu.  Kelakar betul!  Hari ini dia bertiga berUltraman waktu dalam kelas.  Macam-macam gelagat.  Kat rumah pun gitulah cikgu.  

Cikgu :  Ibu hantar Wafi datang sekolah untuk apa?
Wafi  :  Belajar

Tetapi semasa sessi pembelajaran, Wafi dan 2 orang kawan baiknya, berUltraman di dalam kelas. Sabar ya Cikgu Nurul.

Di rumah pun sama.  Ibunya jadi sasaran dia.  Banyakkan bersabar duhai ibu dan cikgu.


Dalam mendidik anak-anak ini kenalah banyak bersabar, tak gitu?  

Jika ada sebarang komen, boleh lah kita kongsikan.

Salam sayang,
Kak Zah








Monday 26 January 2015

Kenapa Nak Jadi WAHM?

Baca di sini ya.

Informasi yang bagus untuk semua yang ingin jadi WAHM.  Bertanya kepada Allah dahulu dan buat keputusan.


Semoga bermanfaat untuk semua ya.

Salam sayang,
Kak Zah






Saturday 24 January 2015

Waktu Laku Keras Jual Produk

Jom yang berbisnes online.  Kita lihat waktu puncak untuk post produk kita di FB, twitter dan lain-lain media sosial.

Ketika pemilik bisnes ingin melakukan post sama ada berbentuk content marketing, atau promosi, penting untuk lakukannya pada waktu yang sesuai. Supaya dengan itu, post itu akan dilihat oleh ramai pembaca. Sekaligus meningkatkan capaian sesuatu post di fanpage jenama kita.
Pemasaran adalah tentang berapa ramai orang tahu tentang kita. Apabila semakin ramai tahu, semakin besar potensi produk atau servis kita akan terjual. Andai ketika kita post, tiada siapa yang baca, mana mungkin kita dapat capai ramai pelanggan.
Baca Waktu Post Laku Keras Di Media Sosial

Semoga bermanfaat!






Friday 23 January 2015

Santai

Saya ni bukanlah peminat AJL, tetapi setelah mendengar lagu Romancinta dari Caliph Buskers, memang menyegarkan! 

Jom kita layan ya.

 
 

Semoga terhibur!




Sunday 18 January 2015

Tips Menjadi Jutawan

Hendak jadi jutawan sebelum umur 30 tahun?  

Berimpianlah dari sekarang dan jangan hanya berimpian tetapi mesti mencapainya.  Berimpian besar dan usaha bersungguh untuk mencapainya.  Mesti boleh.  Setiap hari ucapkan.  Positif sentiasa.  Buang jauh-jauh perasaan negatif yang boleh mencacatkan impian kita.  

Jom kita baca tips dari Grant Cardone, seorang jutawan, pakar motivasi, penulis dan juga merupakan seorang pakar jualan antarabangsa.

Pada umur 30 tahun, beliau telah berjaya menjadi jutawan!





Salam sayang






Friday 16 January 2015

Pengalaman Anak Bersekolah

Alhamdulillah, sudah 16 hari tahun 2015.  Semoga sempat bersama hingga ke bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.

Sejak kebelakangan ini, talian internet di rumah asyik tergendala sahaja.  Saya menggunakan talian streamyx di rumah.  Kata TM kabel kena curi.  Sudah 2 kali perkara ini berlaku.  TM mengambil masa selama 6 hari untuk proses pembaikan.  

Seronok bercerita tentang anak bersekolah ini.  Alhamdulillah, dapat juga saya merasa proses persekolahan anak saya.  Pagi menghantar dan tengahari mengambilnya balik dari sekolah.  Umur hero kenit saya ni baru 4 tahun.  Dia bersekolah di Tadika Pasti.  Seronok dan suka dia bersekolah. Hari ke tiga menangis tidak mahu bersekolah sebab penat dan mengantuk katanya.  Setelah dipujuk, barulah dapat menyiapkannya untuk bersekolah.  

Bangun pagi ambil masa 20 minit untuk bersiap.  Phew...puas juga lah menyiapkannya.  Gosok gigi dan mandi sahaja ambil masa 10 minit.  Macam-macam gelagat.  





Ini lah hero kenit saya, Ahmad Wafi.




Thursday 8 January 2015

Tip Berjimat Di Tahun 2015

Blog yang selalu saya baca untuk mendapatkan tips dan panduan.

Jom kita baca tips berjimat tahun ini.  Tahun yang penuh cabaran kata pakar ekonomi.


Semoga bermanfaat dan menjadi panduan untuk semua.

Sebagai suri rumah dan pakar ekonomi keluarga, kita kena bijak merancang kewangan ekonomi rumah tangga kita.  Jangan 'gila' membeli.  Buat senarai sebelum ke pasar dan pusat membeli belah.  Senaraikan yang perlu dan penting sahaja.  Tidak perlu dan jika boleh dibeli bulan hadapan, kita 'KIV' dahulu.  

Masak di rumah lebih jimat.  Kita boleh merancang menu yang hendak di masak.  Jika ingin makan diluar sebulan sekali, boleh dipertimbangkan, tetapi jika setiap hari beli dari luar, itu pada pendapat saya, boleh dielakkan.  

Ekonomi kita, kita yang tentukan.  Buat rekod setiap bulan apa yang kita belanjakan.  Mudah bukan? Jika belum mula, mulakan sekarang.  Jadi kita tahu ke mana duit kita pergi setiap bulan.  


Salam sayang,
Kak Zah








Wednesday 7 January 2015

15 Tips Berjimat Agar Kita Dapat Keliling Dunia

Alhamdulillah, bertemu kembali kita ya.

Suka baca artikel ini.  Tips berjimat.  Ada yang saya sudah buat dan ada yang belum.  Semoga tahun 2015 ini banyak impian dan apa yang saya ingin tercapai, InsyaAllah.  Saya pun suka melancong.

Jom kita baca tips berjimat ini ya.

Semoga bermanfaat untuk semua.









Sunday 4 January 2015

Job Di Rumah

Pernah dengar tentang Job Di Rumah (JDR) dari Kliks Solution?  Saya dahulu pernah jadi affiliate JDR dan pernah dapat komisen 2 kali.  Sekali komisen RM20, jadi 2 kali RM40.  Alhamdulillah. Nak dapat komisen lebih, kena rajin promosi lah.  Saya dah lama tak promosi JDR ni.  Jadi lepas ni kena lah promosi lebih lagi untuk dapat komisen lebih.  Juga hendak dapatkan job di JDR ni.  

JDR ini memperkenalkan produk panduan mendapatkan kerja sampingan online dari luar negara. Ramai yang telah mendaftar dengan JDR dan telah pun mendapat income dari kerja-kerja yang dibuat menerusi tawaran kerja mereka.

Yang penting, kita kena rajin.  Jika rajin dapatkan kerja online yang telah disediakan, maka akan banyaklah dapat.  Untuk yang berminat untuk mendapatkan kerja-kerja sampingan ini, boleh dapatkan panduan JDR di sini.  Banyak informasi yang boleh didapati di sini.  Pilih kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan kebolehan kita.

Syarat minima adalah SPM.  Kita akan dibayar dalam USD.  Panduan akan diberikan dalam bentuk video tutorial yang lengkap untuk membantu anda dapatkan kerja online ini.  Setiap hari akan dihantar email untuk memberitahu kerja yang ada.  Buat pilihan dan klik sekarang kerja online mudah.

Anda boleh mendapatkan lebih 1000 tawaran kerja online ini dari JDR.  Kerja yang diberikan mudah, syarat lain perlu faham Bahasa Inggeris, boleh akses internet dan boleh buat kerja.  Buat kerja, siap dan hantar.  Apabila memuaskan hati pelanggan kita, dapatlah upahnya.  

JDR boleh dijadikan sumber untuk yang ingin mencari pendapatan sampingan di tahun 2015 ini.  Jom kita bermula.  Untuk mendaftar, klik gambar di bawah.


Untuk lihat review tentang JDR ini, boleh baca review ini.

Buang rasa malas dan goyang kaki duit masuk tanpa buat apa-apa kerja ya.  

Semoga bermanfaat.






Saturday 3 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Alhamdulillah.  Bersiaran untuk tahun 2015.  Selamat menyambut tahun 2015.



Sudah buat azam baru?  Saya sudah buat wishlist.  Harap dapat diselesaikan semuanya sebelum tutup tirai 2015 ni, InsyaAllah.  Pakar ekonomi cakap tahun 2015 adalah tahun mencabar untuk semua.

Saya kongsikan ulasan ekonomi Malaysia oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Penganalisis Ekonomi) di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 27hb Disember 2014.

Negara kita semakin menghampiri krisis kewangan ekonomi.  Ekoran harga minyak dunia semakin menurun, ringgit Malaysia semakin tenat.

Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutama muda mudi :

1)  Berjimat cermat.  Berbelanja bila perlu sahaja.  Berhati-hati dengan YES (Year End Sale) sebab pembaziran boleh berlaku di suasana SALE ini.

2)  Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dari pihak bank akan naik.  Kelak kita MATI untuk membayar interest yang tinggi.

3)  JANGAN BELI PROPERTY dalam masa 2 - 3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun seperti yang sudah berlaku di Singapura dan UK kerana 'OVERSUPPLY'.

Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas sahaja, sejumlan 20 ribu unit property yang sudah mendapat CF namun hanya 20% - 30% sahaja yang terisi.

Oleh itu rancang untuk memiliki sebuah property apabila harga rumah turn dan EKONOMI semakin pulih.

4)  Lakukan investment jangka panjang untuk mengembangkan wang.  Pelbagai peluang investment ada seperti insurans, tabung haji, Unit Amanah, saham dan lain-lain.  Jangan hanya menabung dalam bank.

Selamat menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.  

Moga Allah jadikan kita lebih soleh dan solehah serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang
Kak Zah