Pages

Monday 23 June 2014

Jangan Malu Minta Yang Besar-Besar

Jangan segan meminta yang besar-besar dari ALLAH.  

Satu quote dari facebook yang saya jumpa.  Bagus untuk dijadikan pedoman supaya kita lebih dekat denganNya.

Kadang kala kita rasa malu untuk minta dengan ALLAH sebab ibadah kita tidak banyak, jadi kita minta ala kadar sahaja.  Tetapi kita silap.  Jangan malu dan jangan segan.  Kita mintalah yang besar-besar, kerana itulah yang akan menjadi motivasi diri kita.  Kita minta yang besar, maka pasti kita rasa malu dengan ALLAH sebab kita minta yang besar dan banyak kebaikan tetapi ibadah kita dan pemberian kita kepada ALLAH sangat sedikit.  Malu kan?  Jadi minta yang besar, ALLAH akan bagi yang besar dan kita pun akan berubah diri untuk menjadi hambaNya yang bersyukur dengan mempertingkatkan ibadah kepadaNya.

Jadi, jangan malu, mintalah yang besar-besar ya.












Puasa Seminggu Lagi

Alhamdulillah.  Ramadhan bakal datang lagi.  Ya Allah, terima kasih dan semoga aku sempat menyambut Ramadhan untuk tahun ini.

Bulan puasa saya suka masak yang simple-simple sahaja sebab bulan puasa ini seleranya lain sikit.  Lebih mudah yang ringkas-ringkas sahaja.  Nasib baiklah suami tidak cerewet sangat pasal makan di bulan puasa ni.  Kena buat menu untuk 1 bulan ni.  Dulu masa saya suri berkerjaya, main campak-campak je, jadi sekarang ni dah jadi suri sepenuh masa, lebih banyak lah masa di dapur untuk menyiapkan menu.  Boleh buat kuih juga.  Jadi jimat belanja.  

Nanti saya update lagi ya.  Nak berkongsi menu yang boleh dicuba untuk semua suri rumah.  Menu yang paling mudah, cepat dan sedap.  

Sabar ya.

Salam sayang dari saya.







Friday 13 June 2014

Jom Kita Tanya Dr. Azizan Osman - Episode 2

Jom kita tengok episod 2 pula ya.

Video ini akan membongkarkan potensi diri anda.  10 soalan yang sentiasa membuatkan seseorang itu sering gagal atau lambat berjaya dalam melakukan sesuatu perkara.

Video ini akan menjawab soalan dan berkongsi cara 'shortcut' untuk bagaimana kalian dapat mencapai impian dengan mudah.  

Teruskan menonton video ini kerana akan membantu kalian mengenali kekuatan dan kelebihan yang kalian miliki.  

Selamat menonton dan semoga kita belajar sesuatu dari video ini.






Jom Kita Tanya Dr. Azizan Osman - Episode 1

Bagus video ini untuk kita semua.  10 soalan yang ditanya dan dijawab oleh DAO yang akan mengubah pendirian dan perniagaan kita.

Soalan-soalan ini selalunyak ditanya oleh mereka yang belum berniaga, yang baru memulakan perniagaan dan juga yang ingin membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Jom kita tonton video ini dan semoga teruja dan terinspirasi untuk ke arah yang lebih kaya dan berjaya!

Selamat menonton.


Thursday 5 June 2014

Perkongsian Motivasi Wang

Saya suka motivasi ini dari Tuan Azizi Ali, seorang pakar kewangan.

Mempunyai satu punca pendapatan menyebabkan seseorang itu sukar untuk membina kekayaan. Para pekerja bergaji rendah selalu berasa sukar untuk menjalani satu kehidupan yang selesa.


Oleh itu, apabila anda mempunyai pertambahan sumber pendapatan, anda :
- mempunyai lebihan wang
- boleh menyimpan lebih
- boleh melabur lebih
- tidak bergantung hidup kepada majikan 
- tidak bergantung hidup kepada situasi ekonomi
- boleh menggunakan bakat, kemahiran dan tenaga anda untuk tujuan yang lebih produktif
- akan hidup sebagai manusia yang berjaya


Jadi untuk yang ada impian dan ingin keluar dari zon selesa, jom kongsi-kongsikan dengan saya.  Saya pun ada perkongsian yang menarik, istimewa untuk warga Johor dahulu ya.

Jom kita tengok tips ini








Hujan

Alhamdulillah, hujan sejak tengah hari tadi hingga sekarang di Pasir Gudang.  Tugasan selesai ditemani hero kenit saya.  Sampai tertidur dalam kereta.  Dialah peneman saya ke mana-mana.  Terima kasih Allah, kerana memberikan dia kepada saya.  

Hari ini banyak kerja di luar.  Berjumpa rakan lama dan pos laju.  Jadi suri rumah ni lebih banyak kerja sebenarnya.  Habis kerja di dalam rumah, siapkan kerja di luar pula.  Beli barangan dapur, jumpa pelanggan, hantar pesanan dan lain-lain lagi.  Setakat ini, Alhamdulillah, masih kuat dan diberi Tuhan kesihatan yang baik.

Inilah dua orang hero saya.  Seorang hero kenit, Ahmad Wafi, umur 2 tahun 7 bulan dan seorang lagi hero besar.  Hero kenit saya bila tanya umur berapa, jawabnya 5 tahun..hehehhe.   Pelbagai gelagat dan petah bercakap, hingga tidak terlayan untuk menjawab soalan-soalan yang ditanyanya.




Ini semasa di rumah Kak Long saya, di Dungun sempena perkahwinan anak lelaki sulongnya.  Rajin menolong abahnya hingga selipar pun dua tona...hehehe.

Oklah, ini sahaja celoteh saya untuk hari ini.  Nanti kita sambung lagi ya.  Hendak buat menu minum petang,

Salam ceria dan senyum selalu.



Sunday 1 June 2014

Biskut Raya Premium 2014

Assalamualaikum,

Saya juga ada membuat bisnes biskut raya.

Biskut dan produk keluaran yang dijual adalah biskut dan coklat Premium dan Gred A.  Kami telah positionkan produk kami sebagai biskut premium.  Produk biskut raya di sini adalah produk keluaran PREMIUM dan bukan produk komoditi.  Harga produk juga telah kami jual dengan harga patut.  Barangan yang digunakan adalah barangan yang terpilih dan bermutu tinggi.  Hanyalah yang berkualiti untuk anda.  

Jom kita lihat biskut apa yang ada.  Selamat menjamu mata dan jemput-jemputlah order ya.  Boleh wassap saya di 019-7461502.




































Biskut kami ini tidak akan dipos tetapi customer boleh ambil dari agen kami dikawasan berhampiran tempat tinggal kalian.  Kami hanya akan pos coklat raya sahaja dan kos pos akan ditanggung oleh pembeli.




Ini adalah contoh produk coklat yang dipos masa tempahan raya tahun lepas.  Kami poskan di dalam foam box untuk mengelak coklat cair.  Setakat ini memang tidak pernah cair.  Alhamdulilah.





Projek Mengemas

Ketemu kembali di hari Ahad ini.

Hari ini adalah hari projek mengemas rumah.  Dari pagi sesudah subuh, tugasan saya bermula.  Mengemas rumah, mop lantai, cuci kipas, basuh baju, basuh lantai depan dan banyak lagi.  Minggu depan, agak sibuk sebab 6hb Jun nanti balik Batu Pahat sebab sepupu suami berkahwin.  En. Suami kerja, jadi balik dari kerja malam tu, kami akan bertolak balik ke Batu Pahat kerana 7hb adalah kenduri besarnya.  Selesai majlis dan habis mengemas mana-mana yang patut, kami akan bertolak balik semula ke Pasir Gudang.  8hb pula ada majlis perkahwinan rakan lama saya dan juga majlis pertunangan adik lelaki bongsu suami.  Hai...memang sibuk Mompreneur ni ya.  Alhamdulillah.

Hari biasa tu saya mengemas rumah juga tetapi tidaklah sehebat hari Ahad ni...hehehhe.

Esok hari Isnin, lain tugasan pula menanti.  Hendak pergi ke pejabat pos, jumpa kawan dan menghantar pesanan pelanggan.  Juga agak sibuk.  Anak bangun pagi dah tanya, ibu nak gi jalan...heheheh. Anak...anak.....bersabarlah dengan kerenah anak ya.



Motivasi Bergambar

Bertemu kembali.

Hari ini saya hendak berkongsi beberapa motivasi bergambar yang boleh dikongsikan bersama.  Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.



Rezeki itu lebih baik kita berkongsi.  Bukan semua rezeki itu hak kita.  Bersedekalah bermula dengan RM1.00.  Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur itu menyuburkan rezeki.



Jangan mudah putus asa kalau kita gagal dalam apa yang kita buat.  Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya, kan?  



Cuba dan cuba lagi hingga berjaya.  Yeay...yeay...aku berjaya!!!  Aku mesti boleh!



Roti Daging Cheezy

Resipi ini saya copy dari FB grup resipi ringkas.  Nampak sedap.  Untuk yang mahu mencuba, boleh cuba ya.

Jom kita tengok resipi ini.  Terima kasih kepada empunya resipi.




Roti Daging Cheezy

Bahan-bahan :
500gm daging / ayam cincang
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
2 labu bawang besar - dipotong dadu
8 sudu besar sos prego
3 biji telor
1 cawan susu segar
2 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
1 biji cili merah - dihiris halus
1/2 tin cendawan butang
sedikit garam
sedikit gula
minyak
12 keping roti biasa
1 paket slice cheese
cheddar cheese - di parut

Cara-cara :
Untuk membuat inti
--------------------
1)  Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar
2)  Gorengkan bawang hingga layu dan masukkan pes sos prego.
3)  Goreng hingga wangi dan masukkan air sedikit
4)  Goreng sekejap dan masukkan daging/ayam tadi hingga tidak berketul-ketul
5)  Masukkan cili merah, tomato dan cendawan
6)  Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa (jangan terlebih garam sebab sos prego dah masam masin)
7)  Goreng hingga kering dan masak
8)  Buang lebihan minyak dalam inti dan biarkan inti sejuk

Untuk membuat Roti Lapis Daging Cheezy
1)  Sapukan loyang dengan butter supaya tidak melekat apabila sudah masak
2)  Bancuh telur dengan susu segar hingga sebati
3)  Celup sekeping roti dalam bancuhan susu tadi dan susun dalam loyang.  Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang
4)  Tuangkan inti daging dan ratakan
5)  Susun slice chees ke atasnya
6)  Ulang sekali lagi proses dari awal tadi dan tutup dengan 1 lagi lapisan roti yang dicelup ke dalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu, boleh dicurahkan ke atas roti atau di celah-celahnya supaya tidak membazir)
7)  Kemudian tabur dengan parutan cheddar cheese
8)  Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160C lebih kurang 35 - 40 min sehingga masak
9)  Keluarkan dari oven dan biarkan seketika
10)  Potong dan hidangkan dengan sos cili

Siap.  Selamat mencuba!