Pages

Thursday 8 January 2015

Tip Berjimat Di Tahun 2015

Blog yang selalu saya baca untuk mendapatkan tips dan panduan.

Jom kita baca tips berjimat tahun ini.  Tahun yang penuh cabaran kata pakar ekonomi.


Semoga bermanfaat dan menjadi panduan untuk semua.

Sebagai suri rumah dan pakar ekonomi keluarga, kita kena bijak merancang kewangan ekonomi rumah tangga kita.  Jangan 'gila' membeli.  Buat senarai sebelum ke pasar dan pusat membeli belah.  Senaraikan yang perlu dan penting sahaja.  Tidak perlu dan jika boleh dibeli bulan hadapan, kita 'KIV' dahulu.  

Masak di rumah lebih jimat.  Kita boleh merancang menu yang hendak di masak.  Jika ingin makan diluar sebulan sekali, boleh dipertimbangkan, tetapi jika setiap hari beli dari luar, itu pada pendapat saya, boleh dielakkan.  

Ekonomi kita, kita yang tentukan.  Buat rekod setiap bulan apa yang kita belanjakan.  Mudah bukan? Jika belum mula, mulakan sekarang.  Jadi kita tahu ke mana duit kita pergi setiap bulan.  


Salam sayang,
Kak Zah








No comments: