Pages

Friday 16 January 2015

Pengalaman Anak Bersekolah

Alhamdulillah, sudah 16 hari tahun 2015.  Semoga sempat bersama hingga ke bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.

Sejak kebelakangan ini, talian internet di rumah asyik tergendala sahaja.  Saya menggunakan talian streamyx di rumah.  Kata TM kabel kena curi.  Sudah 2 kali perkara ini berlaku.  TM mengambil masa selama 6 hari untuk proses pembaikan.  

Seronok bercerita tentang anak bersekolah ini.  Alhamdulillah, dapat juga saya merasa proses persekolahan anak saya.  Pagi menghantar dan tengahari mengambilnya balik dari sekolah.  Umur hero kenit saya ni baru 4 tahun.  Dia bersekolah di Tadika Pasti.  Seronok dan suka dia bersekolah. Hari ke tiga menangis tidak mahu bersekolah sebab penat dan mengantuk katanya.  Setelah dipujuk, barulah dapat menyiapkannya untuk bersekolah.  

Bangun pagi ambil masa 20 minit untuk bersiap.  Phew...puas juga lah menyiapkannya.  Gosok gigi dan mandi sahaja ambil masa 10 minit.  Macam-macam gelagat.  





Ini lah hero kenit saya, Ahmad Wafi.




No comments: